Hello,

1,220 pelajar TVET Malaysia telah jalani latihan di China

23 August 2024

KUALA LUMPUR: Seramai 1,220 pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ini telah dihantar untuk menjalani latihan di China setakat ini, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute (MCI) Manndzri Nasib.

Beliau berkata mereka dihantar ke republik itu melalui konsep sekolah seni lengkap diri berikutan sebanyak 220 institusi TVET serta industri mahupun syarikat di China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar TVET Malaysia untuk menjalani latihan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Usaha ini sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia dalam bidang seperti automatif (kenderaan elektrik, kenderaan tenaga boleh diperbaharui, kenderaan autonomi), automasi industri, semikonduktor, Internet benda, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan sebagainya.

“Komitmen kerajaan untuk mengantarabangsakan latihan TVET terbukti dalam perkongsian yang diwujudkan dengan institusi asing, pengenalan pensijilan yang diktiraf di peringkat antarabangsa dan penekanan pada program pertukaran silang budaya untuk pelajar TVET,” katanya.

Scroll to Top