Hello,

Kolej Vokasional khusus bangun kepakaran tempatan dalam EV bakal dibuka menjelang 2027 – Fadhlina

KLUANG: Kerajaan akan membuka sebuah kolej vokasional (KV) yang memberi tumpuan khusus membangunkan kepakaran tempatan dalam industri kenderaan elektrik (EV) menjelang 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ia selaras hala tuju yang ditetapkan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Insya-Allah akan melahirkan kepakaran untuk pasaran domestik dan industri dalam negara,” katanya pada sidang media selepas Hari TVET Sekolah Peringkat Kebangsaan KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini hari ini.

Mengenai Hari TVET berkenaan, beliau berharap ia dapat meningkatkan lagi penyertaan dan peranan serta sumbangan lulusan TVET kepada industri negara.

“Insya-Allah saya doakan program ini, khususnya dengan penglibatan penuh anak-anak kita dalam program TVET, akan melahirkan kepakaran untuk pasaran industri dalam negara,” katanya.

Scroll to Top